Monday, 8 October 2012

persiapan akhir menjelang peperiksaan



1.Tidak terlalu risau terhadap pencapaian
2.Solat hajat dan berdoa
3.Tidur awal
4.Solat subuh dan berdoa
5.Pastikan urusan bilik air selesai kerana anda mungkin tidak mahu banyak amsa terbuang dengan ke tandas semasa peperiksaan
6.Tenangkan fikiran dan lupakan seketika masalah
7.Ambil sarapan pagi yang berkhasiat dan berpatutan.Roti dan telur amat sesuai sebagai sarapan.
8.Pastikan ketrampilan diri kemas dan mematuhi peraturan sekolah
9.Datang awal ke dewan peperiksaan
10.Semak dan bawa semua pengenalan diri dan peralatan ke dewan peperiksaan
11.Pastikan anda tidak membawa barang terlarang seperti nota.
12.Masuklah dengan tenang dan melangkah dengan kaki kanan berserta 'bismillah'
13.Tenangkan diri, tarik nafas perlahan-lahan dan berdoa.
14.Dengar dan ikut arahan pengawas peperiksaan
15.Isikan dengan lengkap maklumat yang dikehendaki
16.Yakin diri bahawa kita turut boleh BERJAYA!
 
sumber:buku JALAN PANTAS KE ARAH PELAJAR CEMERLANG-prof.madya hj.md. izuddin hj.ali dan zetty zahureen mohd yusoff
 

Thursday, 4 October 2012

permohonan ke kolej vokasional, teknikal dan kemahiran

 Para pelajar boleh melayari laman web ini untuk mengisi permohonan kemasukan.Tarikh tutup pada 30 DISEMBER 2012

http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/login.cfm


MAJLIS RESTU ILMU 2012


TARIKH: 5 OKTOBER 2012
HARI: JUMAAT
MASA: 7.30-9.30 PAGI

PENGENALAN:
Aktiviti ini merupakan di antara usaha terakhir pihak pendidik merestui ilmu-ilmu yang
telah diberikan sepanjang pelajar belajar di SMK Warisan Puteri.  Sepanjang masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentulah ada rasa terkilan, kecil hati dan buruk sangka yang tentunya memberi kesan negatif di sanubari setiap insan yang terlibat.
Ikhtiar terakhir ini diharap dapat membantu murid-murid agar lebih ‘sedar diri’ tentang
peranan mereka sebagai pelajar dan menjalankan tanggungjawab untuk kecemerlangan diri sendiri. 

OBKEKTIF:
1.1 Memberi ruang kepada pelajar yang belum insaf dan masih leka untuk merajinkan diri berusaha meningkatkan prestasi diri sendiri.
1.2Mewujudkan semangat muafakat dan kerjasama di kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid agar sentiasa bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu di antara satu sama lain.
1.3Merupakan tanda kasih sayang kepada pelajar PMR di atas kesungguhan para guru membantu dengan penuh sabar agar mereka cemerlang dan ’kemenjadiannya’ terserlah.