Saturday, 8 September 2012

AKTIVITI KELAS GANTI

GBKSM menggunakan masa semasa menggantikan kelas untuk melaksanakan beberapa modul supaya pelajar lebih santai dan tidak tertekan.Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur, cuma semasa GBKSM melaksanakan aktiviti ini, GBKSM ketika itu menggantikan kelas tingkatan 1.

Sebenarnya origami ini bukan hanya sesuai untuk pelajar pra sekolah, tetapi juga untuk sekolah menengah, cuma perlu ditambah unsur-unsur kreativiti dan nilai murni sesuai dengan tahap pelajar sekolah menengah.

AKTIVITI 1: ORIGAMI RUMAH IMPIAN

Langkah:
1)GBKSM menunjukkan langkah satu per satu kepada pelajar dengan menyiapkan satu sampel origami rumah terlebih dahulu
Ini adalah langkah untuk membuat origami rumah impian




2)Kemudian GBKSM meminta pelajar mewarnakan dan menghias rumah impian masing-masing mengikut kreativiti.
3) Di bahagian belakang rumah tersebut, pelajar diminta menulis ciri-ciri rumah impian mereka.

Objektif aktiviti ini :~Supaya pelajar berusaha membina rumah impian mereka dengan belajar bersungguh-       sungguh
                            :Supaya pelajar tahu betapa susahnya mencapai rumah impian mereka jika malas belajar






AKTIVITI 2: KAPAL TERBANG KERTAS

 1)Pelajar diminta mereka satu kapal terbang kertas .Pastikan kapal terbang itu boleh terbang dengan laju
2) Pelajar diminta menamakan kapal terbang masing- masing
3)Di sayap kapal terbang , pelajar perlu menulis sifat-sifat buruk dalam diri
4)Pelajar perlu melancarkan kapal terbang masing-masing dengan penuh semangat , seumpama membuang sifat buruk jauh-jauh dari diri .

begitu tekun melipat kertas

bersedia untuk dilancarkan...

sesi melancarkan kapal terbang masing-masing



inilah kapal terbang kertas saya


No comments:

Post a Comment