PRS



MATLAMAT
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan antaranya :
1. membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.
2. membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan.
3. memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.
4. melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar.

FALSAFAH
“BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN”
PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan, perlakuan, perhubungan, kemahiran, kreativiti dan keimanan.

VISI
Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti. Modul Pembimbing Rakan Sebaya .

MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

IKRAR
Saya/Kami dengan ini berikrar menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS ) sesi _____.
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang diberikan tanpa mengira tempat, masa, dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

ETIKA
Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika, iaitu:
a. Amanah dan menyimpan rahsia.
b. Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
c. Memahami batasan dan keupayaan diri.
d. Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
e. Melapor kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling tentang kes yang boleh merosakkkan diri dan/atau orang lain.
f. Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling
g. Mematuhi peraturan sekolah, dan norma masyarakat dan agama.


TUGAS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA

  1. Merapati rakan sebaya dan mengenal pasti mereka yang bermasalah dan merujuk mereka kepada guru bimbingan dan kaunseling.
  2. Menjadi pendengar yang peka kepada curahan perasaan rakan sebaya dan memberi sokongan emosi dalam keadaan krisis.
  3. Memberi penjelasan mengenai bahaya penggunaan dadah, arak, merokok, hubungan jantina, dan pencabulan kehormatan. Merujuk, jika perlu, kepada guru bimbingan dan kaunseling dengan persetujuan mereka.
  4. Membantu pelajar yang menghadapi masalah akademik melalui sistem mentor atau tutor sebaya.
  5. Membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam aktiviti bimbingan dan kaunseling kelompok.
  6. Membantu dalam memberi latihan kemahiran seperti kemahiran berkomunikasi, membuat keputusan dan kemahiran kaunseling kepada rakan sebaya.
  7. Membantu dalam melatih kumpulan sebaya untuk persediaan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya yang baru.
  8. Membantu dalam aktiviti orientasi pelajar baru, mengelolakan unit bimbingan sekolah, perpustakaan bimbingan, papan kenyataan bimbingan dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan bimbingan kerjaya, sosial dan isu-isu remaja.
  9. Menjadi penggerak kepada ahli-ahli unit untuk melaksanakan aktiviti sekola

AKTIVITI PRS
nyanyian lagu PRS setiap kali perjumpaan

aktiviti untuk KEMAHIRAN MENDENGAR

Program Penyayang.Pemberian hadiah kepada ahli PRS yang menyambut hari lahir


MENYIAPKAN BUKU SKRAP KERJAYA

MEMBERI KAD RAYA KEPADA GURU


WATIKAH PERLANTIKAN


No comments:

Post a Comment