SEKOLAHKU




2. Maklumat Asas Sekolah
             Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Warisan Puteri merupakan sebuah sekolah baru yang dirancangkan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Pada asalnya Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Warisan Puteri tiada dalam senarai sekolah baru dibuka untuk sesi 2007. Sekolah yang dirancang sebelum ini adalah SMK Rasah Kemayan yang akan menumpang di SMK Bukit Kepayang. Namun oleh sebab pemaju Rasah Kemayan tidak dapat membekal tapak untuk pembinaan sekolah, maka SMK Rasah Kemayang terpaksa dipinda ke Bandar Warisan Puteri yang sudah sedia mempunyai tapak dan akan menumpang di SMK Dato’ Haji Mohd. Redza.

            Mesyuarat pertama bagi pembukaan sekolah ini diadakan pada 18 Oktober 2006 di Balai Gadang, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, dipegerusikan oleh Encik Mohd. Yassin Bin Mohd. Yunus, Ketua Sektor Pengurusan Sekolah. Unit Pembangunan JPNS mencadangkan tempoh beroperasi sekolah menumpang adalah seminimal yang mungkin. Sebagai permulaan, dicadangkan sekolah hanya mengambil pelajar Tingkatan satu sahaja. Hasil daripada mesyuarat berkenaan, pada 22 November 2006, sekolah ini didaftarkan sebagai sebuah sekolah baru dan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan Kod Sekolah NEA 4115.
           
                        Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Warisan Puteri kerana tapak sekolah baru ini terletak berhampiran dengan Bandar Warisan Puteri. Sementara menunggu bangunan baru sekolah ini siap, pelajar-pelajar menumpang belajar di SMK Dato’ Haji Mohd. Redza pada sebelah petang. Sesi persekolahan sebelah petang bermula jam 1.25 tengah hari sehingga jam 6.35 petang. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Warisan Puteri terdiri daripada pelajar Tingkatan satu sahaja yang datang daripada sekolah rendah yang berhampiran seperti dari SK Seri Kelana, SK Pantai, SK Sikamat, SJKC Kampung Seri Sikamat dan SJKC Kampung Baru Pantai.
                        Apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Januari 2007, pelajar yang telah mendaftar adalah seramai 104 iaitu seramai 71 orang pelajar Melayu (68.2 %), 27 orang pelajar Cina (26.0 %) dan 6 orang pelajar India (5.8 %). Komposisi mengikut jantina adalah 66 pelajar lelaki (63.5 %) dan 38 pelajar perempuan (36.5 %). Pelajar pertama yang mendaftar di sekolah pada hari pendaftaran yang diadakan pada 2 Januari 2007 ialah Muhammad Shafiq bin Azman. Pada hari pendaftaran pelajar ini, YB Dato’ Mohd Yusof Bin Harmain Shah, ADUN Sikamat telah melakukan lawatan kerja dan meluluskan peruntukan/ derma  sebanyak RM 5000.00.
            Pelajar-pelajar Tingkatan satu sekolah ini ditempatkan dalam satu bangunan bahagian belakang yang terdiri daripada 3 tingkat yang dikongsi bersama dengan SMK Dato’ Haji Mohd. Redza. Sebagai sebuah sekolah baru, hanya terdapat 4 kelas sahaja yang dibuka. Pelbagai kemudahan dikongsi bersama dengan SMK Dato’ Haji Mohd. Redza seperti Makmal Sains, bilik Kemahiran Hidup, padang sekolah, kantin, surau dan sebagainya. Proses pengubahsuaian bilik dibuat ditingkat atas bagi membolehkan ditempatkan sebuah pejabat sekolah, bilik Pengetua dan bilik GPK Akademik, manakala bilik GPK HEM dan GPK Kokurikulum berada ditingkat pertama bersambung dengan Bilik Guru. Perbelanjaan pengubahsuaian ini  merupakan peruntukan  daripada  JPNS.

            Dalam usaha memantapkan pengurusan dan pentadbiran sekolah ini satu mesyuarat  jawatankuasa penaja PIBG telah diadakan sebanyak dua kali dan mengambil keputusan melantik      En. Mohd. Farid bin Ujang sebagai Yang Di Pertua Penaja PIBG. Dalam mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri yang diadakan pada 10 Februari 2007, telah memilih En. Mustafa bin Pendek sebagai YDP PIBG sekolah ini. Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama telah dirasmikan oleh Senator Dato’ Hjh. Samsiah bt. Samsudin, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Seremban yang mewakili YB Dato’ Ishak Ismail, ADUN Lenggeng merangkap Ketua Umno Bahagian Seremban. Dalam mesyuarat agung YB Senator Hjh Samsiah bt. Samsudin telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 2,000.00. Mesyuarat Agung PIBG  ini juga sebulat suara telah bersetuju menukarkan nama SMK Taman Warisan Puteri kepada SMK Warisan Puteri.

            Bagi melicinkan pentadbiran sekolah, JPNS telah melantik En. Noh bin Ahmad sebagai ’caretaker’ sekolah ini sehinggalah pengetua En. Cheah Lef Ngan melapor diri ke sekolah ini pada 15 Januari 2007. En Noh bin Ahmad telah memberikan khidmat cemerlangnya sehingga 2 Februari 2007, kemudiannya berpindah ke SMK. Seri Sendayan sebagai GPK Akademik. Pn Sabariah Mohamed Yunus dari SMK. Dato Shamsudin Nain telah menggantikan tempat  
En Noh bin Ahmad. Pengurusan sekolah ini turut dibantu oleh En. Akashah bin Ismail sebagai GPK HEM dan Puan Noor Hayati bt. Ibrahim sebagai GPK Kokurikulum. En Akashah bin Ismail berkhidmat sehingga 16 Februari 2007 yang kemudiannya berpindah ke SMK Dato’ Haji Mohd Redza.  Tempat beliau telah digantikan oleh Pn Samsiah Chik dari SMK Pendeta Za’aba.
           
            Terdapat 8 orang guru perintis yang bertugas di SMK. Warisan Puteri yang terdiri daripada Puan Hamidah bt. Abu Hassan (Kaunselor Pelajar), Puan Sarah bt. Abd Ghani, Puan Mardziah bt. Ibrahim, Puan Raziah bt. Salleh, Puan Ros Adila bt. Abu Kassim, En.Wan Mohd Akil bin Wan Abdullah, En. Khalid bin Hassan dan En. Mokhter bin Harun. Pn Mardziah Ibrahim kemudiaannya berpindah ke Terengganu pada 31 Disember 2007. Staf sokongan sekolah pula terdiri daripada Puan Kamsiah bt. Awaludin, Pembantu Tadbir N17, En. Norazrin bin  Kasim, Pembantu Am Rendah N1 dan Puan Sahlawati bt. Zazid Supeyin, Pembantu Maklmal C17. Pn Sahlawati bt Zazid Supeyin berpindah ke SMK Panchor pada 3 Mei 2007.  Tempat beliau telah diganti oleh Pn Wan Safina bt Wan Hamid dari SMK Panchor.  Seterusnya, SMK Warisan Puteri menerima kemasukan Pn Fazilah bt Md Isa, sebagai PRA sampingan pada 5 Oktober 2007 dan Pn Norrizan bt Bidin sebagai PAR baru.

            Dalam usaha merealisasikan hasrat negara, SMK Warisan Puteri turut memberikan penekanan dalam perkembangan kokurikulum sekolah. Badan Beruniform yang ditubuhkan ialah Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Empat Persatuan/ Kelab telah ditubuhkan iaitu Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Sains dan Matematik, Kelab Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Wartawan Muda. Manakala, Kelab Sukan dan Permainan ialah Sepak Takraw, Bola Jaring, Catur dan Futsal.
                       
            Bagi Sukan & olahraga, tiga Rumah Sukan telah ditubuhkan iaitu Rumah Merah (Raja Muhammad), Rumah Hijau (Raja Jumaat) dan Rumah Biru (Raja Melewar). Pada tahun hadapan (2008), Rumah Kuning (Yamtuan Antah) akan ditubuhkan apabila enrolmen sekolah meningkat.  

            Walaupun sekolah ini  menumpang di SMK Dato’ Haji Mohd. Redza, terdapat beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan seperti Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1, Kejohanan Merentas Desa, Sambutan Maal Hijrah, Mesyuarat Agung PIBG Kali Pertama, Kejohanan Olahraga & Sukan Sekolah, Kem Kepimpinan Pelajar, Sambutan Maulidur Rasul, Kem Bestari Solat, Sambutan Bulan Patriotisme, Sambutan Ihya’ Ramadhan, Hari Penyampaian Hadiah, Ceramah Keibubapaan dan sebagainya. Adalah diharapkan perkembangan sekolah ini berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dan berdedikasi, mempunyai jati diri yang tinggi serta mempunyai daya juang yang tinggi bagi merealisasikan Wawasan  2020.

                        Pn Hajjah Faridah Jabbar menggalas tugas sebagai Pengetua SMK. Warisan Puteri pada  16 September 2009.  En Cheah Lef Ngan berpindah ke SMK. Raja Jumaat di Lukut, Port Dickson. 



          
Motto Sekolah:
‘BERDISIPLIN, BERILMU DAN BERAMAL’

No comments:

Post a Comment