Friday 18 January 2013

majlis penyerahan bantuan persekolahan RM100 2013

TARIKH:17 JAN 2013
HARI: KHAMIS
MASA: 2 PETANG
TEMPAT: DEWAN CENDERAWASIH, SMK WARISAN PUTERI



ATUR CARA MAJLIS:-
2.00 PETANG      : PENDAFTARAN IBU BAPA/PENJAGA
2.30 PETANG      : -UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS
                                  -BACAAN DOA
                                  -UCAPAN PENGETUA SMK WARISAN PUTERI
                                  -UCAPAN YDP PIBG
3.00 PETANG      :- PENYERAHAN BANTUAN RM100 OLEH YDP PIBG KEPADA                           IBU BAPA TERPILIH
                                 -PENYERAHAN BANTUAN RM100 DI KAUNTER PENYERAHAN
                                -DEWAN CENDERAWASIH (UNTUK PELAJAR-           PELAJAR TINGKATAN 2,3 DAN 4
              - DEWAN SRI WARISAN (TINGKATAN 5)



Butiran Bantuan RM100 Untuk Pelajar Sekolah


  • Diberikan kepada semua pelajar sekolah Rendah & sekolah Menengah (5.4 juta pelajar)
  • Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah ini akan mula dibayar bermula Januari 2013
  • Peruntukkan sebanyak RM540 juta


kaunter pendaftaran dan pertanyaan

senyum ya semua...maklumlah dapat duit :)



Peruntukan RM2 untuk makanan kepada ibu bapa/penjaga

ibu bapa sedang mengisi borang, IC wajib ditunjukkan kepada guru tingkatan


diharapkan bantuan awal persekolahan ini meringankan beban ibu bapa


Sedang menunggu kedatang ibu bapa/ penjaga

Sunday 13 January 2013

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG AKADEMIK 2013/2014


Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM APEX) bagi Sidang Akademik 2013/2014.
Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2012.
2. Lepasan STPM 2012.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain
Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM [SALURAN PERDANA] di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2012 dan STPM 2012, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.


untuk mendapatkan lebih maklumat, klik di sini 


Friday 11 January 2013

semakan kemasukan ke kolej vokasional dan teknik 2013

Butiran Semakan Vokasional 2013 Tingkatan 4:

Tarikh Semakan Vokasional 2013 : 11 Januari 2013
Hari : Jumaat
Masa : Bermula 8 malam

LINK Semakan Kolej Vokasional 2013 Tingkatan 4 :

Semakan vokasional 2013 boleh dibuat dengan menggunakan angka giliran PMR atau nombor kad pengenalan pemohon.
Laman web untuk semakan vokasional 2013 adalah di sini:




http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakankvsmt2013/


Dan dalam pada masa yang sama, para pelajar yang berjaya diterima akan menerima panggilan telefon atau surat yang memaklumkan mereka telah berjaya mendapat tawaran ke Kolej Vokasional

Andaikata anda ada sebarang pertanyaan mengenai keputusan permohonan Kolej Vokasional, anda boleh cuba hubungi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM di talian 03-8884 5154 / 5031 / 5073.

Rayuan Permohonan ke Kolej Vokasional Tingkatan 4

Bagi yang tidak berjaya mendapat tawaran, mereka boleh membuat rayuan permohonan ke Kolej Vokasional
Rayuan permohonan Kolej Vokasional boleh dibuat terus kepada Kolej Vokasional yang berkenaan.
Keputusan rayuan Kolej Vokasional 2013 tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran pelajar yang menerima tawaran.



permohonan kemasukan ke IPT/POLITEKNIK/ILKA BAGI LEPASA SPM, ASASI,MATRIKULASI,STPM,STAM,SKM, DIPLOMA DAN SETARAF sesi akademik 2013/2014

7 JANUARI 2013 HINGGA 15 APRIL 2013 : 
Permohonan Kemasukan Ke IPTA/Politeknik/ILKA bagi lepasan SPM, Asasi, Matrikulasi, STPM, STAM, SKM, Diploma atau SETARAF dengannya dan jualan No. Unik ID di BSN bagi Sesi Akademik 2013/2014 akan dibuka. 
Kemasukan adalah pada : 
lepasan SPM/Setaraf - Jun 2013 
lepasan STPM/Setaraf - September 2013

http://upu.mohe.gov.my/


Thursday 10 January 2013

PROGRAM MOTIVASI PMR & SPM

Tarikh: 9 Jan 2013 (Rabu)
Masa: 8.00-9.30 Pagi
Penceramah jemputan: En Muhammad Bin Nordin, pensyarah Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan


Program Motivasi  PMR Dan SPM ini diadakan bertujuan untuk memantapkan  motivasi intrinsik dan semangat juang sebagai persediaaan menghadapi cabaran terbesar dalam hidup mereka. Sehubungan dengan itu, program  ini dijalankan pada  awal penggal pertama persekolahan lagi agar para pelajar meneruskan usaha bermula sekarang demi kecemerlangan diri dan sekolah.


2.0 MATLAMAT
Untuk meningkatkan tahap motivasi dan kecemerlangan pencapaian setiap pelajar dalam PMR dan SPM.












PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1

MATLAMAT:
Membimbing pelajar-pelajar baru agar berupaya menyesuaikan diri , meningkatkan kecemerlangan diri mengikut hala tuju dab matlamat seiring dengan globalisasi dan wawasan 2020.

OBJEKTIF:
1)Meningkatkan kualiti keyakinan diri pelajar mengurus diri, mengurus masa dan memilih untuk mencapai matlamat unggul dalam kehidupan alam persekolahan.
2) Mewujudkan semangat muafakat, kerjasama berpasukan dengan nilai-nilai kerjasama, toleransi, jujur dan ikhlas.

TARIKH: 2-4 JAN & 7-8 JAN 2013


ANTARA PENGISIAN DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG ORIENTASI
UJIAN DIANOGSTIK BAHASA MELAYU

UJIAN PERSONALITI DIRI




SESI PERKENALAN DENGAN LEMBAGA PENGAWAS

LAWATAN SEKITAR SEKOLAH

LATIHAN MINI PERHIMPUNAN -NYANYIAN LAGU SEKOLAH

TAKLIMAT DISIPLIN OLEH PN SASILEHA

LDK-MEMBUAT JADUAL WAKTU


GBKSM BERSAMA PENGAWAS YANG BANYAK MEMBANTU


ENERGIZER 'JAMBATAN GOYANG' (lakukan bersama gerak badan mengikut kreativiti sendiri)
jambatan goyang 2X,
 ku takut tenggelam 2X,
lalu aku berenang ,
Habis basah bajuku,
lalu aku sidaikan,
ku pakai semula 2X,
cantik x?? 2X

TAKLIMAT PBS OLEH PUAN ROHAIDA