Thursday 4 October 2012

MAJLIS RESTU ILMU 2012


TARIKH: 5 OKTOBER 2012
HARI: JUMAAT
MASA: 7.30-9.30 PAGI

PENGENALAN:
Aktiviti ini merupakan di antara usaha terakhir pihak pendidik merestui ilmu-ilmu yang
telah diberikan sepanjang pelajar belajar di SMK Warisan Puteri.  Sepanjang masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentulah ada rasa terkilan, kecil hati dan buruk sangka yang tentunya memberi kesan negatif di sanubari setiap insan yang terlibat.
Ikhtiar terakhir ini diharap dapat membantu murid-murid agar lebih ‘sedar diri’ tentang
peranan mereka sebagai pelajar dan menjalankan tanggungjawab untuk kecemerlangan diri sendiri. 

OBKEKTIF:
1.1 Memberi ruang kepada pelajar yang belum insaf dan masih leka untuk merajinkan diri berusaha meningkatkan prestasi diri sendiri.
1.2Mewujudkan semangat muafakat dan kerjasama di kalangan guru, ibu bapa dan murid-murid agar sentiasa bersatu hati dan bersungguh-sungguh membantu di antara satu sama lain.
1.3Merupakan tanda kasih sayang kepada pelajar PMR di atas kesungguhan para guru membantu dengan penuh sabar agar mereka cemerlang dan ’kemenjadiannya’ terserlah.















No comments:

Post a Comment