Sunday 13 January 2013

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG AKADEMIK 2013/2014


Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM APEX) bagi Sidang Akademik 2013/2014.
Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2012.
2. Lepasan STPM 2012.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain
Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM [SALURAN PERDANA] di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.
USM menawarkan sebanyak 71 program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2012 dan STPM 2012, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf.


untuk mendapatkan lebih maklumat, klik di sini 


No comments:

Post a Comment